Kenyataan ‘pedas’ TMJ terhadap Najib yang tak muncul di ‘Nothing2Hide’



Tunku Mahkota Johor mengeluarkan beberapa kenyataan pedas yang dilihat ditujukan kepada Perdana Menteri yang tidak muncul pada dialog Nothing2Hide di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Jumaat.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim  di halaman Facebook Johor Southern Tigers mempersoalkan: “Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide‘ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul.

“Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan dan kepercayaan terhadap anda,” tulisnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menghadiri dialog dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi Jumaat untuk menjelaskan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Acara tersebut telah dibatalkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut atas sebab-sebab keselamatan.

Posting itu bagaimanapun telah dipadam beberapa jam kemudian. Walau bagaimanapun, tanpa penjelasan, posting itu dimuatnaik sekali lagi, berserta gambar dan kenyataannya, kira-kira jam 7 malam.

Penganjur dialog itu,  SukaGuam, berkata Najib akan mengadakan acara yang sama pada tarikh yang akan diumumkan.

Sumber: Mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »