Berikutan daripada dakwaan blog yang mengatakan bahawa Datuk Siti Nurhaliza dan juga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sudah bercerai, Siti mengingatkan agar individu berkenaan agar bertaubat.
“Pesanan saya tolong kembalilah ke jalan yang benar. Jika dia orang Islam, bertaubatlah kerana fitnah itu lebih teruk daripada membunuh”
“Kalau kita agama Islam, kita perlu tahu batas-batas agama dan jangan menggunakan kemudahan Internet atau laman blog yang dibuat untuk mencari rezeki dengan cara begitu,” katanya kepada mStar Online sambil menjelaskan tidak tertekan dengan perkara tersebut.
“Ikhlas dan jujurnya saya tidak rasa terganggu sehingga sekarang. Selepas fitnah itu tersebar, takdelah saya tidak boleh tidur sebab geram dan sebagainya. Kehidupan saya berjalan seperti biasa cuma saya kesian dekat ahli keluarga”
“Mereka yang perlu menjawab fitnah tersebut kerana sering ditanya saudara dan rakan,” katanya. Melalui artikel yang mencalarkan nama Siti Nurhaliza tersebut, ia sebenarnya adalah mengenai kisah lama kakak kepada Siti iaitu Siti Norsaida yang bercerai
Sumber : Rotikaya