Bandar Los Angeles yang tidak pernah tidur nyatanya masih mempunyai tempat SERAM. Tempat berhantu itu malah berada dalam sebuah hotel mewah di 7000 Hollywood Boulevard, Los Angeles, CA 90028. Hotel yang dimaksudkan adalah Hollywood Roosevelt.
Di hotel mewah ini khabarnya ROH seorang supermodel sekaligus pelakon dan penyanyi dunia yang pernah popular di tahun 1950-an, Marilyn Monroe selalu menampakkan wujudnya dan berlegar di setiap sudut hotel.
Hollywood Roosevelt Hotel merupakan sebuah hotel tua yang sangat futuristik. Hotel ini sudah ada selama 88 tahun iaitu sejak pertama kali berdirinya di tahun 1927. Dengan menerapkan gaya seni bina kolonial Sepanyol, sudah tidak terhitung lagi berapa banyak selebriti dunia yang pernah menginap di hotel bintang empat itu.
Namun di sebalik kemewahan hotel terselit cerita mistik di dalamnya. Konon hantu Marilyn Monroe suka berlegar di hotel tersebut. Hal ini didedahkan oleh beberapa laman paranormal dunia seperti Haunted Houses dan Prairie Ghost berdasarkan pengakuan pekerja hotel yang mereka ditemuramah.
Hal itu tidaklah menghairankan sebab supermodel seksi itu merupakan salah satu tetamu yang suka bermalam dihotel itu. Bahkan, Marilyn Monroe melakukan sesi pemotretan pertamanya untuk salah satu majalah juga di kolam renang hotel Roosevelt.
Menurut pengakuan para pekerja hotel dan juga para tetamu, mereka sering melihat hantu yang mirip Marilyn Monroe. Hantu ini sering muncul dalam cermin-cermin di dalam bilik sehingga lorong-lorong hotel.
Hingga kini bukti yang sahih berupa rakaman video atau foto belum ada namun kisah hantu Marilyn Monroe sudah terlanjur popular dan melekat di hotel yang tambang bermula dari empat jutaan per malam tersebut.