Mulut orang tidak akan berhenti bercakap namun bagi Erin Malek, dia tidak mahu mengambil serius tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa Erin menjalani proses rawatan kesuburan di luar negara untuk mendapatkan anak kembar.
“Kami baru beberapa bulan berkahwin. Biasalah, mulut orang akan cakap apa saja, sama ada buat perkara baik, apatah lagi kalau benda buruk. Saya malas mahu jadikan isu atau ‘stress’ diri sendiri apabila hal ini berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Erin, kemungkinan dia mengandung anak kembar kerana faktor genetik pada keluarganya dan suami dan ketika ini dia hanya mahu fokus epada penjagaan kandungan dan sentiasa memastikan dirinya dalam keadaan positif.
Tidak dapat lari daripada alahan, Erin turut mengakui dia mengalami alahan teruk sehingga 12 minggu pertama kehamilan sehingga apa yang dimakannya akan muntah semula kecuali buah. Namun selepas 12 minggu, keadaannya kembali pulih seperti biasa.
Sumber : Rotikaya