Sebelum ini seorang wanita menggunakan nama samara Sasha mendedahkan mengenai seorang pelawak terkenal yang sering meminta gambar lucah dan menghantar mesej berbaur seks kepadanya.
Bagaimanapun, kontroversi tersebut tidak berakhir di situ sehinggalah pada pagi tadi (Isnin), Berita Harian Online mendedahkan pula mesej yang dihantar pelawak terkenal itu.
Lebih teruk lagi, pendedahan kali ini melibatkan dua orang wanita yang mendakwa pelawak tersbeut turut menghantar mesej lucah serta meminta gambar bogel daripada mereka.
Mungkin mahu mengembalikan maruah, mereka tampil dengan bukti yang memaparkan mesej perbualan dengan pelawak tersebut.
Mangsa terbaru Katherine (bukan nama sebenar), mendedahkan pelawak berkenaan tetap mengganggu dirinya yang sudah pun mempunyai teman lelaki malah dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa dia bukanlah mangsa pertama perlakuan jijik pelawak tersebut.
Sebelum ini, mangsa pertama Sasha, memberitahu dia melakukan pendedahan mengenai kelakuan jijik pelawak tersebut kerana tidak mahu wanita lain terpedaya dengan tipu helah pelawak lelaki itu.
Jelas Shasha lagi, dia tidak melemparkan tuduhan melulu kerana berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada padanya.
Helah yang digunakan pelawak tersebut sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara video call.
“Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah.
Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri,” jelas Sasha lagi.
Di bawah Astro Gempak kongsikan beberapa 'screen capture' perbualan di antara pelawak dan mangsa:
Sumber : AstroGempak