Rekod 14 Tahun 100 Meter Watson Nyambek Padam



Dahulu nama Watson Nyambek adalah sanat disegani dalam sukan olahraga di Malaysia. Beliau adalah jaguh pecut bagi negara kita Malaysia. Catatan terbaik 10.54 saat acara 100 Meter Lelaki yang disimpan selama 14 tahun akhirnya dipadamkan oleh tiga atlet pada Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah yang berakhir Sabtu lalu.

Atlet pecut tunggal Singapura, Md Amiruddin Jamal merekodkan masa larian 10.35s untuk meraih pingat emas, Harith Ammar Sobri dari Terengganu meraih pingat perak (10.44s) manakala Badrul Hisham dari Melaka mencatat 10.48s untuk pingat gangsa. Rekod 14 Tahun 100 Meter Watson Nyambek Padam.

Rekod 14 Tahun 100 Meter Watson Nyambek Padam
Lihat juga Sazali dan Nicol Olahragawan Olahragawati Kebangsaan 2014

Catatan ketiga-tiga pelumba itu ternyata lebih baik berbanding ketika aksi kelayakan ke final dengan merekodkan masa 11.9s (Amiruddin),11.27s (badrul Hisham) dan 11.50s (Harith Ammar). Rekod terbaik 10.54s sebelum ini dicatat oleh jaguh pecut Sarawak, Watson Nyambek pada tahun 2001. Rekod 14 Tahun 100 Meter Watson Nyambek Padam.

Sementara itu, atlet lompat kijang wanita, Noor Shahidatun Nadia Mohd Zaki,18, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat lompatan 13.01 meter sekaligus mengatasi rekod lama yang dilakukan oleh atlet Selangor, Ngew Sin Mei (12.77m) pada tahun 2003. Nadia berkata, kali terkahir dia melakukan lompatan melebihi 13 meter pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan 13.01. Rekod 14 Tahun 100 Meter Watson Nyambek Padam.

“Tetapi kali ini lebih bermakna kerana dapat melakukan kejutan di negeri sendiri. “Keputusan ini sangat penting bagi saya menghadapi Kejohanan Remaja Asia Jun ini,” jelasnya. Selain itu dua rekod baharu turut dilakukan pada kejohanan tahun ini dalam acara 200m wanita dan lempar cakera. Rekod 14 Tahun 100 Meter Watson Nyambek Padam.

Atlet Pulau Pinang, Zaidatul Hasniah Zulkifli merekodkan masa terpantas 24.02s untuk meraih pingat emas sekaligus memadamkan rekod lama (24.84m) yang dilakukan oleh pelari Sabah Petra Nabila 13 tahun lalu di Stadium Darulaman. Selain acara 200m, Zaidatul turut memegang rekod acara 100m yang dimenangi tahun lalu dengan catatan 11.97s. Rekod 14 Tahun 100 Meter Watson Nyambek Padam.

Manakala atlet lempar cakera Sabah, Yap Jeng Tzan mengatasi rekod lamanya 38.09m dengan catatan terbaharu 43.89m untuk meraih pingat emas. Kejohanan dua hari yang bermula Jumaat lalu melibatkan lebih 500 atlet keseluruhan dari Sabah, Perak, Melaka, Kuala Lumpur, Singapura, Selangor, Perlis dan Johor

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »