Baru-baru ini lagu popular nyanyian Hazama berjudul Malaikat telah menjadi viral apabila ia dinyanyikan dalam versi ‘bangla’.
Disebabkan video yang menjadi viral itu hanya memaparkan gambar sekumpulan pemuda Bangladesh dan audio tanpa wajah sebenar penyanyinya, ramai telah percaya lagu tersebut dinyanyikan oleh pemuda dari Bangladesh.
Untuk pengetahuan anda semua, penyanyi yang bertanggungjawab membuat cover lagu Malaikat versi ‘bangla’ tersebut merupakan salah seorang peserta Pelamin Fantasia.
Hilas atau nama penuhnya Mohammad Hillas Ali, seorang polis bantuan yang telah berjaya membuatkan ramai orang keliru kerana sebutan dan aksennya mirip lelaki Bangladesh.
Bagaimanapun Hilas baru-baru ini sempat merakam ucapan maaf kepada penyanyi Hazama kerana telah parodikan lagu tersebut.
Hilas juga sempat berseloroh dengan mengajak Hazama berkolaborasi dengannya pada masa akan datang.
Tambah Hilas, idea menyanyikan lagu tersebut datang secara spontan dan tujuan dia merakam video tersebut adalah untuk tatapan ibunya.
Sehingga hari ini, Hilas sendiri tidak tahu bagaimana audionya boleh menjadi viral.
Pemuda berusia 25 tahun ini bersama pasangannya Asmidar Ahmad seorang guru, menyertai Pelamin Fantasia kerana mahu merealisasikan impian perkahwinan Taman & Tradisional mereka.
Jom saksikan video yang Astro Gempak kongsikan kepada anda, gelagat Hilas ketika menyanyikan lagu Malaikat versi bangla yang telah menjadi viral baru-baru ini:
Sumber : AstroGempak
penyanyi sebenar lagu malaikat versi bangla
Posted by Makan X Habis on Monday, April 20, 2015