Kongsi Foto Anak Tiri, Hanez Suraya Mahu Menunjuk-Nunjuk?



HARAPNYA, redalah sudah kisah sensasi membabitkan Hanez Suraya dan Romie apabila selamat bergelar suami isteri.

Tapi, iyelah mulut orang mana boleh tutup kan?

Dalam mengecapi kebahagian alam rumah tangga bersama Romie, muncul pula individu-individu ‘bermulut busuk’ yang mendakwa Hanez sengaja menunjuk-nunjuk kemesraan yang terjalin bersama anak-anak tirinya.

Cakap-cakap ini muncul selepas aktres itu dilihat kerap berkongsi gambar aktiviti yang dilakukan bersama dua anak tirinya, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3 dalam akaun Instagramnya.

Walau bagaimanapun, Hanes yang sudah berstatus seorang isteri ternyata lebih matang menerima segala tohmahan dan kritikan dengan tangan terbuka.

“Buat baik orang mengata, buat buruk apatah lagi. Jadi saya menjadi diri sendiri, itu akaun Instagram saya, apa orang nak kritik, saya terima. Semenjak dulu lagi, apa yang saya lakukan, pastinya ada komen negatif.

“Apa yang saya kongsikan di laman Instagram adalah untuk peminat yang menanti kemaskini terbaru dari saya dan mereka menerima semua itu dengan positif. Pada sesiapa yang melemparkan kritikan dan memberikan komen buruk, saya terima sahaja dan memaafkan mereka,” kata Hanez.

Dalam pada itu, gambar kemesraan tersebut turut mendapat respon positif daripada peminat Haney yang menyifatkan aktres itu pandai melayan kanak-kanak.

Sementara itu, Hanez mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dalam alam perkahwinan.

“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin semakin lama semakin baik. Perubahan besar saya selepas berkahwin adalah saya masih lagi kekok untuk meminta izin suami sebelum keluar rumah. Dulu biasa hidup bujang, kini saya harus biasakan,” ujar Hanez lagi.

Apa pun, semoga Hanez tabah mengharungi ujian yang mendatang.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »