Selepas Amar Baharin dan Nazrief Nazri, nama pelakon baru, Hafreez Adam pula kini dikaitkan dengan aktres yang memegang status ibu tunggal, Izreen Azminda. Malah khabarnya merekea dikatakan sedang rapat sehingga ada ada pihak yang mendakwa Izreen dan Hafreez kini sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Sejujurnya, saya baru tahu gosip itu. Perkara itu hanya gosip sahaja. Saya sendiri tak suka bercerita perihal peribadi. Tetapi untuk isu ini, saya harus memberikan penjelasan. Saya rapat dengan Izreen kerana dia senior dalam dunia lakonan”
“Saya rasa malu kerana gosip ini keluar. Ianya boleh mendatangkan perkara buruk dalam perhubungan kami sebagai seorang kawan. Saya sendiri tak mahu orang lihat saya sebagai pendatang baru yang mahu mengambil kesempatan”
“Pihak yang timbulkan isu ini pun tidak harus berbuat begitu. Saya juga bengang kerana apabila gosip ini keluar, reputasi Izreen sebagai seorang wanita terjejas. Kami hanya berkawan, tetapi orang lain salah tafsir,” jelas Hafreez yang dalam masa yang sama turut simpati terhadap Izreen.
Selain itu, pelakon baru ini juga beranggapan bahawa gosip sebegitu tidak akan membuatkan namanya dikenali di dalam industri hiburan dan sekali lagi menekankan bahawa dia menghormati Izreen sebagai senior dalam bidang lakonan.
Sumber : Rotikaya