GAMBAR: Kilang Fucuk Tauhu Diarah Tutup Akibat Terlalu Jijik



Loya betul tekak melihat beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kilang membuat fucuk tauhu.

Mana taknya, tahap kebersihan kawasan sekitar kilang pembuatan makanan itu tidak diselenggara dengan baik sehingga ia terlalu kotor dan jijik.

Tak percaya? Anda tengoklah sendiri. Jangan ada yang muntah sudahlah ya…





Menurut sumber, kilang yang terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam itu mendapat notis perintah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 8 hingga 22 April.



Kalau diikutkan, ia berkemungkinan telahpun beroperasi kembali andai pihak kementerian tidak menyambung notis penutupannya.

Apa-apapun, situasi seperti ini merupakan refleksi kepada pihak kilang yang tidak menjaga kualiti produknya, dan sebagai pengguna, masyarakat harus bijak untuk menilai sama ada patut terus membeli ataupun memboikot.

Kembang tekak tengok bagaimana mereka memproses fucuk tauhu dalam keadaan sebegitu kan? Macam dah serik pula nak jamah lepas ni.

Sumber : Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »