Bakal Isteri Zizan Razak Tenang, Cantik & Hormat Orang Tua



Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang berita pelawak dan pelakon Zizan Razak yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Malah menurut laporan media sebelum ini, gadis bertuah yang bakal menjadi suri hidup Zizan itu merupakan pilihan ibunya.

Zizan bagaimanapun menafikan bakal berkahwin pada Jun depan, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita sebelum ini.

"Saya tidak cakap pun bakal berkahwin pada bulan Jun, tetapi ya saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan si dia," jawabnya ringkas.

Zizan berkata dia mengenali gadis sekampungnya berusia 24 tahun itu pada dua bulan lalu.

"Mula-mula kami kawan biasa tetapi lama-lama terpaut pula pada si dia dan saya terus bawa si dia jumpa ibu.

"Lebih memeranjatkan ibu terus 'approved' bila saya tanya si dia itu sesuai atau tidak untuk dibuat menantu.

"Begitu juga dengan abah saya yang terus kata OK dan dia berkenan. Selepas mendapat restu kedua orang tua, saya rasa tak perlulah tunggu lagi," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Ketika ditanya apa yang membuatkan dia terpikat pada bakal isterinya itu, Zizan cuma menjawab ringkas.

"Dia hormat pada ibu dan abah saya. Doa juga seorang gadis cantik yang sangat tenang.

"Senyuman manis dia juga sentiasa mencairkan hati saya," ujarnya.

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »