(3 Gambar) Johan Cium Mulut Ozlyn Di ABPBH 2014 Cetus Kontroversi



Di sebalik penganjuran anugerah berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 pastinya akan timbul beberapa kontroversi yang disengajakan atau tidak.

Kali ini, pelakon, pelawak dan penyampai radio, Johan menjadi mangsa kontroversi peminat di laman sosial apabila aksi spontan beliau mencium isterinya Ozlyn Wati.




Ia berikutan aksi tersebut telah dirakam secara langsung semasa beliau diumumkan sebagai pemenang Penyampai Radio Lelaki Popular di ABPBH 2014 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada Ahad malam, 5 April 2015.

Menerusi tinjauan di laman sosial Facebook, rata-ratanya peminat mempertikaikan tindakan tersebut meskipun peminat mengetahui hubungan mereka adalah suami isteri.


Pada peminat, aksi ciuman suami isteri itu tersebut tidak wajar dipertontonkan secara langsung berikutan ianya ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Sumber : Wowberita

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »