11 Fakta Menarik Tentang Running Man Lee Kwang Soo



Siapa yang tidak kenal dengan figura popular dan juga hos Running Man Lee Kwang Soo.

Sebut sahaja namanya, pasti penonton setia rancangan variati Running Man terbayang akan telatah lucu dan juga reaksinya dalam rancangan tersebut.

Selain tu, Lee Kwang Soo juga terkenal sebagai seorang yang ceria, tidak sombong dan pandai mengambil hati peminat.

Oleh sebab itu, dia diberi jolokan ‘Prince of Asia’ oleh para peminatnya.

Dikenali dengan beberapa nama seperti ‘Girin’, ‘Kwangja’ ‘Kwangvatar’ dan pengkhianat melalui beberapa episod Running Man, Kwang Soo juga mempunyai beberapa fakta menarik yang mungkin tidak diketahui oleh penonton.

Berikut merupakan 11 fakta menarik tentang Lee Kwang Soo.

1. Air minuman kegemaran Kwang Soo ialah Coke oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa nama twitternya ialah @masijacoke85.

2. Kwang Soo alegi kepada kacang Gingko, malah dia juga mendedahkan peristiwa yang hampir meragut nyawanya gara-gara termakan kacang tersebut.

3. Dia juga tidak boleh makan makanan yang terlalu pedas.

4. Kwang Soo gemar melukis komik dan grafiti sehingga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis namun tidak mendapat sokongan keluarga.

5. Mempunyai rabun jauh dan hanya akan memakai kanta lekap semasa bekerja sahaja.

6. Pernah mempunyai teman wanita dalam bidang yang sama (pelakon) tetapi sehingga kini masih tidak tahu siapakan gerangan wanita tersebut.

7. Pelakon ini juga pernah mengalami masalah berat badan namun selepas menjadi model dia kemudiannya rajin bersenam untuk mencapai berat badan ideal.

8. Warna kegemarannya ialah hitam. Hampir kesemua koleksi pakaiannya adalah warna tersebut.

9. Sangat rapat dengan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo. Malah Kwang Soo juga menganggap mereka seperti abang dan kakaknya sendiri.

10. Peminat fanatik kepada Yuri (Girl Generation).

11. Tidak pandai menari. (Ya Kwang Soo semua orang tahu yang ni hihihi)

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »