KATHMANDU: Seorang wanita Amerika berusia 40 tahun telah menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh empat lelaki Nepal di sebuah bilik hotel di Kathmandu, menurut polis, Isnin.
Mangsa yang tinggal di Nepal dengan visa perniagaan sejak 2013, diserang pada 14 Jun di sebuah hotel di pusat pelancongan di ibu negara Thamel, kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP.
"Dia telah menghabiskan petangnya dengan lelaki-lelaki itu dan mereka telah minum bersama.
"Mereka kemudian pergi ke sebuah hotel di mana dia telah pengsan. Apabila dia terjaga dia menyedari bahawa dia telah dirogol," katanya Superintendan Kanan Hemant Bahadur Pal.
Dua daripada empat suspek telah ditangkap dan menafikan dakwaan itu, kata Pal.
Jika didapati bersalah, mereka berdepan hukuman sekurang-kurangnya 10 tahun penjara.
Sumber : MStar