PENAMPILAN salah seorang anggota kumpulan Girl Generation, Tiffany dikritik selepas memuat naik gambar terbaharunya sebagai model iklan jam tangan jenama Casio.
Gambar yang dimuat naik Tiffany sebagai model jam tangan musim panas 2015.
Tiffany yang berpakaian ala musim panas itu dianggap terlalu seksi dan tidak sesuai untuk model jam tersebut.
Rata-rata pengikut Instagramnya memuji kekasih Nickhun 2PM sebagai seorang yang seksi, namun keseksian itu dianggap membuatkan iklan tersebut gagal.
Mereka memberitahu bahawa fokus utama adalah untuk melihat tubuh seksi Tiffany berbanding jam tersebut.
Sumber : MStar