Tasha Shila Nafi Putus Cinta



Kecoh seketika dunia hiburan apabila Tasha Shila ini dikatakan sudah pun tidak menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih hati, Hans malah perkara tersebut menjadi lebih teruk apabila dikaitkan pula dengan dakwaan bahawa Kaka merupakan punca keretakan hubungan mereka.

Ketika Harian Metro mendapatkan Tasha baru-baru ini dan bertanyakan soalan tersebut, pelakon ini turut menjelaskan tujuan dia ke Bangkok dan juga mengenai hala tuju hubungannya bersama ahli sukan tersebut.

“Saya ke Bangkok kerana menemani Nabila untuk membeli barang dan bukan sebab mahu menenangkan jiwa kerana kecewa putus cinta. Biasalah hubungan cinta ini ada pasang surutnya. Orang yang sudah berumahtangga pun sering berselisih faham,” katanya sambil memberitahu bahawa dia dan Hans tidak pernah memberikan kenyataan mereka sudah putus.

Bagaimanapun, Tasha mengakui dia menyerahkan segalanya pada jodoh ketika ini selepas kontroversi percintaan tiga segi malah turut memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung status persahabatannya bersama Kaka.

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »