Siapa cemburu siapa?



TERKEJUT Miss J apabila mendapat tahu cerita konflik membabitkan Datuk AC Mizal dengan seorang pelawak yang dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu.

Si pelawak itu dikatakan makan hati dengan peminat AC yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminat pelawak itu sendiri setiap kali membuat persembahan dalam sebuah rancangan realiti baru-baru ini.
Sebab itu si pelawak dikatakan kurang senang melihat situasi sebegitu lantas iri hati. Maka di situlah versi yang kurang enak antara kedua-dua figura tersebut.
Dan selepas selidik punya selidik, ada yang memberitahu Miss J gerangan pelawak yang iri hati dengan Ac itu selama ini ialah Jep Sepahtu. Eh, betul ke?
Memang Miss J tak percaya sebab kedua mereka itu memang rapat. Macam adik beradik umpama seperti cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga.
Satu lagi, kalaulah betul cerita konflik mereka yang tercetus itu berpunca kerana perasaan cemburu, Miss J rasa memang macam budak tak cukup umur bergaduh! Langsung tak macho!
Lagipun siapa yang perlu cemburu dengan siapa? Kalau Jep cemburu dengan AC yang sudah berjaya itu, memang boleh masuk akal. Tapi kalau sebaliknya, macam ada yang tak kena!
Apapun selepas cerita macam ini timbul, Miss J jadi tak seronok. Sebab Miss J tahu peminat kedua-dua mereka ini pun memang ramai kerana kedua-dua mereka ini mempunyai karisma tersendiri setiap kali muncul di khalayak.
Tak usahlah cakap pasal bakat, memang hebat. Kalau buat lawak tak pernah tak menjadi. Silap hari bulan lawak itu boleh buat orang sekeliling gelak ketawa tak henti-henti.

Sumber : UtusanOnline

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »