Sebelum Dimaki Ibu, Saya Sudah Minta Maaf - Pekin



Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu yang dia awal-awal sudah memaklumkan kepada ibunya sebelum menjayakan watak wanita di dalam filem Coverina adalah untuk mengelakkan ibunya terkejut dengan perubahan besar yang bakal dilihat di dalam filem tersebut.

“Sebelum dimaki dan dikritik ibu, jadi saya awal-awal lagi sudah membuat permohonan maaf menerusi suara latar dalam filem itu”

“Saya menjelaskan kepada ibu yang anak lelakinya ini masih lurus dan belum terpesong lagi,” kata Pekin seperti yang dipetik dalam Berita Harian.

Mengakui suka mencabar dirinya keluar dari zon selesa, Pekin sendiri akui dia faham dengan tanggapan masyarakat mengenai apa yang dilakukannya nanti.

“Saya sebenarnya adalah seorang yang pemalu, namun tawaran ini diterima sebagai salah satu cara untuk saya mencabar diri saya namun ia tetap mengikut kemampuan diri juga”

“Ada yang mengatakan berdosa kerana menyerupai wanita, namun kita tahu niat atas dasar kerja. Saya berjuang dalam wadah kesenian,” jelas Pekin lagi.

Sumber : Malaysiandigest

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »