Ozlynn Sentap Bila Peminat Rentap Leher Johan!



TIDAK dinafikan, menjadi pasangan hidup kepada seorang artis popular memerlukan pengorbanan dan pengertian yang cukup tinggi.



Hinggakan kadang-kala ada yang merasa seolah-olah terpaksa ‘berkongsi’ hidup dengan ramai peminat hiburan.

Mungkin itu jugalah yang dirasa Ozlynn, isteri kepada pelawak terkenal, Johan.

Menerusi Instagramnya, Ozlynn meluahkan perasaan hatinya dan menegur sikap peminat-peminat Johan


Iyelah, bayangkan setiap masa dan ketika mereka akan diperhatikan dan didekati hinggakan Ozlyn meluahkan kesukarannya untuk meluangkan masa berdua-duaan bersama Johan.

Bagaimanapun, bagi Ozlynn dia sudah memahami lumrah kehidupan selebriti dan dia senang dengan kehadiran peminat Johan yang selama ini menyokong suaminya.

johan-dan-ozlynn-2

Namun sikap segelintir peminat Johan membuatkan Ozlynn ‘naik angin’ apabila ada yang tidak beradap hinggakan sesuka hati merentap leher dia atau suaminya untuk bergambar tanpa meminta sebarang kebenaran.

“Dalam seratus tu ada gak yang terselit kurang adabnya.. contoh orang tengah makan kau terus rentap leher ajak bergambar yang mana kita pun tak perasan hinggakan dari nak senyum terus berubah rupa.

“Jangan la buat macam tu.. kami pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan tapi hari ini yang datang kacau dating kitorang sangat-sangat sempoi dan menghormati.. Wa salute korang!” tulis Ozlynn dalam Instagramnya.

Alahai, kesian Johan dan Ozlynn… semoga para peminat Johan take note pesanan isteri Johan ini.

Sumber : MyNewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »