Kamal Adli Dah Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga?



ADAKAH hubungan antara aktres Emma Maembong dan Kamal Adli menjadi semakin serius sejak aktres itu mengakui sudah putus cinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak?

Menurut satu laporan akhbar harian, Kamal dan Emma dikatakan semakin rapat kini.

Malah khabarnya, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan ahli keluarganya dan jika ini benar, nampaknya perhubungan mereka sudah memasuki fasa serius.

Sumber dalam laporan akhbar tersebut didakwa berkata, “Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.”

“Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan baik oleh Kamal mahu pun Emma bagi menjawab dakwaan tersebut.

Kamal kembali solo selepas hubungan cintanya selama enam tahun dengan pelakon, Intan Ladyana putus di tengah jalan, tahun lalu.

Sementara hubungan Emma dan Zizan pula, sering dilanda masalah sehingga pasangan ini membuat keputusan memutuskan ikatan cinta mereka, baru-baru ini.

Kalau betullah seperti dikatakan, tak salah rasanya untuk Kamal dan Emma menjalin hubungan memandangkan kedua-duanya dah kembali solo. Apa pun, kita nantikan kesahihannya dulu.

Sumber : Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »