Jual tubuh bagi mendapatkan sumber pendapatan



Melaka: Seorang wanita dipercayai rakyat tempatan yang sudah bersuami tergamak mengambil jalan mudah menjual tubuh bagi mendapatkan sumber pendapatan hingga sanggup menipu keluarganya di Sarawak.
Wanita berusia 24 tahun itu antara dua wanita yang ditahan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sebuah hotel bajet di Jalan Laksamana Cheng Ho di sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 7 malam itu, wanita terbabit sedang memadu asmara bersama seorang lelaki tempatan dalam sebuah bilik di tingkat empat hotel itu dan mengakui kali pertama datang ke negeri ini semata-mata mahu mendapatkan pelanggan.
Menurutnya, bagi mengelak perbuatan jijik itu diketahui keluarganya, dia memberi alasan mahu bertemu suaminya yang bekerja di ibu negara.
“Melalui seorang rakan, saya diperkenalkan kepada bapa ayam dan dia yang mengaturkan semuanya dengan syarat RM100 daripada bayaran RM180 yang saya terima diserahkan kepadanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »