Kerana karakternya yang seorang yang periang dan manja, ramai yang menganggap pelakon yang semakin meningkat naik Ayda Jebat sebagai seorang yang gedik.
[BACA] Zara Zya Tidak Cemburu Dengan Kejayaan Ayda Jebat
Menurut Ayda, dia tidak ambil pusing dengan apa yang orang nak katakan. Malah jika ada yang menganggap dirinya gedik, dia bersetuju kerana dia hanya mahu menjadi diri sendir.
"Gedik ada banyak maksud. Saya sebenarnya seorang yang 'happy go lucky', banyak gelak, suka buat lawak, suka ketawa kuat. Itulah saya.
"Kalau orang nak jugde saya seorang gedik, saya terima. Saya terima apa saja pandangan orang kerana masing-masing ada pandangan tersendiri. Di dunia ini bukan semua orang akan sukakan kita," kata Ayda ketika ditemui BH Online.
Apabila berjaya menambat hati peminat dengan lakonan drama Rindu Awak 200%, Ayda dijulang pula dengan Anugerah Top Top MeleTOP Wanita menerusi Anugerah MeleTOP Era 2015 baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, kini Ayda tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang turut bersaing dengan beberapa nama yang tidak kurang hebatnya.
Sumber : OhMedia