Isu Pakai Bikini, Ainul Aishah Perli Pengikut Instagram



Pelakon Ainul Aishah memerli pengikut akaun Instagramnya apabila dia didakwa memakai bikini semasa percutiannya di Boracay, Filipina baru-baru ini.

Ainul yang terganggu dengan spekulasi tersebut telah memuat naik beberapa foto di akaun Instagramnya iaitu @ainulaishah dengan kapsyen bernada perlian yang berbunyi:

“This baju. This baju right here. #anyonedoesntknowwhatmirrorappis? #annoyed.“ tulisnya.

Malah Ainul juga telah memuat naik satu lagi foto dengan kapsyen ‘Im kinda tired” beberapa hari lalu seakan-akan meluahkan perasaannya terhadap gosip mengenai bikini tersebut.


Hanya salah faham. Ainul telah memuat naik foto yang menunjukkan keseluruhan pakaian tersebut.

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi pengikutnya dan tidak kurang juga ada yang memberikan pandangan supaya aktres itu tidak memakai pakaian yang boleh mengundang fitnah.

Ainul bagaimanapun berpendapat ada pihak yang sengaja mengada-adakan cerita untuk memburukkan dirinya.


Di samping itu Ainul juga membuktikan bahawa spekulasi memakai bikini itu tidak benar dan hanya salah faham dengan memuat naik foto penuh baju sama yang dipakai ketika mengambil gambar tersebut.

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »