EL Digilai Sehingga Dikejar Peminat



Meskipun hampir setiap hari dia dan Elizad Sharifuddin bergaduh di set pengambaran malah, ada ketika pertengkaran mereka sampai ke tahap masing-masing tidak bertegur sapa beberapa hari tetapi pelakon Ungku Ismail Aziz menyifatkan aktres jelita itu sebagai teman sejiwanya.

Menurut hero Teman Lelaki Upahan (TLU) ini, pertengakaran yang sering terjadi antara dia dengan wanita yang mesra disapa dengan panggilan Ejad ini bagaimanpun, tidak memberi kesan negatif terhadap lakonan mereka.

Sebaliknya, kerserasian mereka mudah wujud sepanjang menghidupkan watak masing-masing dalam drama fenomena itu yang telah pun berakhir siarannya semalam.

"Di set, kami bergaduh kerana masing-masing ada pendiran sendiri bagaimana untuk menghidupkan karakter masing-masing. Misalnya dia yang begitu, saya pula nak begitu.

"Dia mahu buat macam itu, saya pula mahu buat yang macam ini. Jadi, kami selalu gaduh, sampaikan pernah tak bertegur.

"Tapi ia tidak menganggu lakonan kami. Sebaliknya bila bergaduh, lebih buat kami lagi mudah hayati watak dalam lakonan kami.

""Kami gembira peminat terima gandingan kami. Malah sampai ada yang mahukan kami berkahwin. Bila ada permintaan macam itu saya anggap kami sudah berjaya bukan sekadar berlakon tapi lakonan kami benar-benar hidup.

"Saya anggap Ejad sebagai 'soulmate' saya. Maksud saya, teman sejiwa dengan saya.

"Walaupun, boleh dikatakan sepanjang di set kami sering bergaduh dan tidak sependapat dari segi mahu menghidupkan karakter masing-masing, tapi antara kami seperti saling mudah memahami.

"Ada sesuatu dalam diri dia yang saya beli dan ada sesuatu dalam diri saya yang dia beli," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada sesi tayangan episod akhir TLU di Sungai Penchala, Selangor, semalam.

Sungguhpun ramai peminat suka melihat mereka berdua bukan saja setakat di skrin tetapi diluar, Ungku Ismail menyatakan dia berasa kurang senang termasuk aksi intim dan romantis menerusi gambar-gambar promosi drama berkenaan yang tersebar di laman sosial yang jelas menunjukkan kemesraan mereka sebagai EL dan Kyra Lydia.

Timbul kembimbangan kerana menyedari ia boleh menimbulkan rasa sensitif terutama pada bakal suami Ejad atau mana-mana pihak lain tetapi selepas mendapatkan kepastian daripada Ejad sendiri, dia berasa lega.

"Kalau dalam drama tidak berasa terlalu berat jika memerlukan beraksi romantik sebab sebelum ini pun saya pernah berlakon dengan isteri orang.

"Cuma bila diluar, sebenarnya ada sikit rasa kurang senang jika kami terpaksa beraksi romantik sebab saya tidak mahu menjadi penyebab kerana hal-hal macam sensitif kepada banyak pihak yang memerhati atau menonton.

"Saya ada bertanya pada dia, sama ada pasangan dia okay atau tidak? Dia beritahu yang bakal suaminya tidak masuk campur mengenai kerjanya. Jadi, saya lega," katanya jejaka berusia 30 tahun ini.

TLU diadaptasi daripada novel nukilan Azura Rasiddin. Karya arahan Azma Aizaal Yusoof yang  ditayangkan di TV3 itu turut dijayakan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Wan Raja, Fazlina Ahmad Daud dan Shah Iskandar

Kurang Selesa Diri Popular

Diminta pula mengula mengenai populariti yang dikecapi sejak memainkan watak Ezuwan Lutfi (EL), jejaka berusia 30 tahun itu mengakui karakter tersebut membuat dia kini lebih dikenali sekaligus digilai.

"Saya masih kurang selesa tetapi masih menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Saya bukan merungut tetapi saya menerimanya sebagai sesuatu yang baru.

"Lagipun saya ada juga terfikir yang populariti ini mungkin hanya bersifat sementara sebab mugkin sekarang tengah fenomena kami," tuturnya.

Katanya, satu insiden lucu membabitkan peminat fanatik drama TLU pernah berlaku seminggu sebelum episod akhir apabila dia bersama Ejad hadir ke acara promosi novel cerita tersebut di Pesta buku Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

"Pada masa itu, kami dikejar ramai peminat, ada yang datang dari Brunei dan Singapura tetapi mujurlah pasukan Rela menyelamatkan kami lalu menyembunyikan kami di sebuah bilik.

"Ketika itu saya dengan Ejad, masing-masing terkejut dan tertanya-tanya sama ada ia benar atau hanya lakonan," ceritanya sambil tertawa.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ungku Ismail bakal sibuk di lokasi drama bersiri Bodyguard.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »