Dua ‘Superhero’ Luang Masa Lawat Hospital Kanak-Kanak


DUA bintang kacak Hollywood, Chris Evans dan Chris Pratt membuat kejutan kepada pesakit kanak-kanak di Hospital Kanak-kanak Seattle.

Kedua-dua aktor terkenal itu hadir sebagai watak ‘superhero’ yang pernah mereka lakonkan dan menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia.

Chris Evans tampil dengan sut lengkap Captain America dari filem Captain America manakala Chris Pratt hadir sebagai Star-Lord dari filem Guardian of the Galaxy.

Sambil melawat dua aktor tersebut meluangkan masa bergambar bersama pesakit dan keluarga sebagai tanda sokongan sekaligus membawa sinar kegembiraan kepada kanak-kanak di sana yang nyata sangat terkejut dengan kehadiran kedua-dua adiwira idola mereka.

Chris Evans dan Chris Pratt yang sebelum ini pernah membuat perjanjian antara mereka untuk membuat lawatan di hospital berkenaan, menyatakan kegembiraan kerana telah melaksanakannya dengan gembira.

Baik sungguh hati mereka berdua, semoga lebih ramai golongan terkenal di seluruh dunia mengikut jejak langkah sama bagi membawa kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Sumber : Mynewshub



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »