Ujian pengesahan dara cetus kemarahan



JAKARTA - INDONESIA. Pelajar perempuan sekolah tinggi di sebuah daerah di Indonesia tidak akan tertakluk kepada ujian pengesahan dara untuk menamatkan persekolahan, selepas cadangan ahli parlimen terhadap langkah itu mencetuskan bantahan.

Ahli Parlimen Jember di pulau utama Jawa minggu lalu mengemukakan peraturan mengenai berkelakuan baik termasuk memaksa pelajar perempuan lulus ujian dara sebelum mereka boleh menghabiskan sekolah tinggi.

Beliau berpendapat bahawa langkah tersebut bertujuan menangani masalah seks sebelum perkahwinan, berikutan Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia.

Cadangan turut mendapat tentangan daripada kumpulan hak asasi dan pihak berkuasa Islam sekali gus menyebabkan pegawai kerajaan di daerah berkenaan menolak cadangan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Daerah Jember Kusen Andalas menegaskan, cadangan itu tidak akan dilaksanakan kerana ia tidak beretika dan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Sumber : SinarHarian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »