syatilla melvin
Enggan melabelkan hubungannya dengan Shaheizy Sam sebagai pasangan kekasih, Syatilla Melvin membuat pengakuan yang pelakon tersebut adalah individu yang paling rapat dalam hidupnya. Malah sebagai seorang perempuan, tak manislah untuk Syatilla tampil buat pengakuan sekiranya memang ada sesuatu yang istimewa dalam hubungan mereka. Kata Syatilla:-
Untuk fikir ke depan iaitu soal kahwin, rasa belum lagi. Tak nampak apa apa bayangan lagi pun. Saya percaya Tuhan sudah tetapkan jodoh masing-masing. Sampai masanya, kalau ada jodoh… kita rai bersama.
Saya ini perempuan… tak manis dan takut nak buat sebarang pengakuan mengenai cinta. Selagi belum ada kahwin, maka tak adalah hubungan istimewa. Hubungan saya dengan keluarga dia (Sam) pun rapat.
Dia seorang yang sangat mulia hatinya. Semua yang kenal dia akan selesa termasuk saya sendiri. Lagi lama kenal dia… maka lagi dalam saya kenal hati budinya. Cukuplah saya cakap, saya selesa berbaik dengannya dalam keadaan sekarang.
“Dalam hal ini tak wujud istilah saya nak ambil hati keluarga dia (Sam). Tapi lebih kepada berbuat baik. Kalau orang sudah baik dengan kita, kenapa kita tak boleh melakukan hal yang sama
Secara jujur, selaku seorang peminat, Abang Nara nak juga tahu siapa kekasih hati Shaheizy Sam. Sam bukannya muda lagi. Memang dah sesuai sangat mendirikan rumah tangga. Lagipun nama Sam sangat kukuh. Setakat buat pengumuman tentang kekasih hati, takkan jatuh punya populariti. Namun tak dinafikan ada sesetengah selebriti yang lebih gemar berahsia tentang perkara ini. Yang penting, diri sendiri gembira. Ye tak?
Sumber : BeautifulNara