Sarimah Ibrahim Sah Jatuh Talak Tiga



Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat warga Australia, Andrew John Browning pada 15 Mei 2009 terhadap pelakon dan penyampai radio, Sarimah Ibrahim sebagai sah mengikut syarak.

Terdahulu, dalam keterangannya, Sarimah berkata, Amir melafazkan cerai kepadanya di kondominiumnya di Mont Kiara pada jam 9 malam, 15 Mei 2009.

“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009″

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh. “Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” katanya kepada Harian Metro.

Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah dan selamat berbahagia kepada Sarimah kerana bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini selepas mengikat tali pertunangan, September lalu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »