Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel. Kami dah berikan lakonan yang terbaik, katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam tadi.
Selain tu babak yang paling akan menjadi ingatan saya ilaha babak-babak nostalgia yang sanagt dekat dengan pembaca-pembaca novel bagi drama ini seperti babak masuk hospital dan babak terjun kolam, katanya.
BKATC mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris bernama Jebat lakonan Sharnaaz, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang semakin baik. Jebat jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Matura lakonan Nelydia selepas tekad berhijrah mendalami agama Islam. Pelbagai konflik terjadi yang menjadi halangan percintaan mereka.
Saya tak sangka maklum balas daripada penonton terhadap drama ini sangat mengalakkan. Paling saya terkejut, dikalangan budak kecil pun kenal dan suka dengan watak saya, Jebat. Pada awalnya saya mahu mempotreykan Jebat seorang yang akan dibenci penonton. Saya fikir, siapalah yang suka pada lelaki botak, kan. Dan saya hidupkan karakter Jebat sebagai seorang yang akan buat orang marah padanya. Tapi tak sangka pula para penonton menyukainya.
Saya rasa penat lelah kami semua para pelakon juga termasuk seluruh kru produksi berbaloi apabila drama ni raih rating yang tinggi dan mendapat sambutan. Saya ingin tujukan rasa penghargaan saya kepada seluruh kru kerana mereka yang lebih berusaha keras demi untuk menghasilkan drama ini di tahap yang terbaik, katanya turut mengakui karakter sebenar dirinya juga saling tak tumpah seperti Jebat.
Respon daripada penonton terhadap drama ini, kalau boleh saya katakan ianya beyond extra-ordinary. Jadi itu membuatkan saya takut kalau-kalau saya buat silap dalam lakonan saya. Sebenarnya saya tak tonton pun drama ni sebab saya sibuk dengan penggambaran.
Tapi saya ada rakamkan setiap episod cuma saya belum tonton. Saya takut tengok lakonan sendiri dan bimbang kalau saya tak boleh kekalkan momentum Jebat dari satu episod ke satu episod kerana jangkaan dan harapan penonton terhadap cerita ini sangat tinggi, katanya.
Tentang kontroversi gambar-gambar tu, sepertimana yang saya pernah katakan, saya kerja. Dan saya tak ambil duit orang tanpa berbuat apa-apa. Jadi itu hanya untuk promosi, katanya.