Berbicara mengenai bila dirinya akan mengakhiri zaman solo beliau, Nelydia Senrose mengatakan perkara tersebut seeloknya diberitahu oleh (Qi Razali) bagi menghormati pihak lelaki dalam membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju hubungan mereka.
Nelydia juga memberitahu bahawa keluarganya mahu pun keluarga Qi, tidak mendesak dan memaksa mereka untuk mendirikan perkahwinan dalam masa terdekat.
“Buat masa ini, saya tak mahu cakap tentang kahwin sepenuhnya. Saya serahkan semuanya pada Qi. Lagipun, keluarga juga tidak pernah mendesak untuk kami kahwin cepat-cepat. Malah, kedua-dua keluarga merestui hubungan ini dan sentiasa menyokong kami,” katanya seperti yang dipetik daripada Utusan Online.
Selain itu, pelakon kelahiran Kelantan ini juga menambah beliau tidak ada meletakkan sebarang jangka masa untuk berkahwin sepanjang tempoh dua tahun sepanjang mereka berkenalan.
“Perancangan untuk peringkat selanjutnya dalam hubungan kami masih belum ada. Kalau ada lampu hijau daripada keluarga, saya pasti akan kongsikan dengan semua orang.
“Saya tidak mahu membelakangkan keluarga dalam hal perkahwinan kerana amat penting untuk sesebuah hubungan itu mendapat restu daripada kedua-dua orang tua,” katanya lagi.
Apa yang pasti, peminat memang ternanti-nantikan pasangan ini naik pelamin. Dua-dua sama comel, sama manis. (rtky/syfq)
Sumber : http://www.rotikaya.com/keluarga-tidak-paksa-nelydia-senrose-kekasih-kahwin-cepat/