Berdiri di atas keserasian antara Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad di dalam drama Hati Perempuan, wujud khabar angin mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta. Namun bagi Syarul, hubungan mereka hanyalah sebagai rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu.
“Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain,” katanya kepada mStar Online.
Mahu namanya dikenali di atas bakat lakonan dan kisah peribadi, Syarul dalam masa yang sama turut bersyukur kerana perjuangan dirinya di dalam industri selama ini telah pun terbalas dan kini, tawaran berlakon tidak henti-henti datang kepadanya.
“Biarlah nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi. Apa-apa pun saya bersukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah,” ujarnya yang turut memilih skrip dan watak yang terbaik bagi menjaga kualiti lakonannya.
Sumber : Rotikaya