Melihat kepada kehidupan pasangan ini sekarang, pastinya tidak ramai yang menyangka mereka juga seperti orang lain pernah melalui zaman kesusahan sebelum berjaya seperti sekarang. Dalam satu temubual terbaru, pasangan Johan & Ozlyn mendedahkan pengalaman mereka.
Rozlinawaty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlyn mengakui berbangga Johan yang beliau anggap sebagai anugerah terbaik Tuhan kepada kehidupannya kerana lelaki itu seorang yang baik dan sering mendahulukan keluarga dalam apa jua pun.
“Sama seperti isteri lain, tentunya melihat kejayaan suami sendiri mendatangkan kepuasan buat diri ini. Maklumlah, kami pernah susah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu, pernah satu ketika, saya terpaksa membenarkan dia menggadai barang kemas hadiah perkahwinan untuk makan seharian. Bayangkan, bagaimana susahnya kami waktu itu”
“Namun saya bersyukur sangat. Melewati waktu sukar itu, Allah limpahkan rahmatnya. Hubungan yang baru saja kami bina itu menjadi semakin kukuh dan utuh. Malah, kami jadi semakin sayang, tidak pernah bergaduh walaupun dalam keadaan langsung tidak berduit,” cerita Ozlyn.
Beliau turut menambah dek kerana mereka ketiadaan wang, mereka pernah memberikan susu soya kepada anak mereka yang ketika itu berumur 3 tahun kerana tidak mampu untuk membeli susu bayi. Dan, itu saat paling menyedihkan buat mereka.
“Sikap positif yang dimiliki Johan jugalah yang membuatkan saya bersyukur apabila diberikan kesusahan di awal dahulu dengan dia. Pengalaman itu menjadikan kami saling menghargai,” tambah Ozlyn lagi kepada Utusan Malaysia baru baru ini.
Sumber : Rotikaya