Baru-baru ini pelakon jelita Dynas Mokhtar pernah memuat naik beberapa foto mesranya dengan seorang jejaka yang agak tampan dalam laman sosial beliau. Dynas juga memberitahu bahawa fot jejaka itu adalah rakan rapatnya
Namun kenyataan tersebut agak mengelirukan apabila beliau menunjukkan seolah-olah mereka berdua ada hubungan yang lebih dari teman rapat.
“Dia kawan lama saya dan kenal sejak zaman sekolah. Memang dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang. Saya hanya pernah berjumpa dengan ibunya saja dan ahli keluarga lain belum. Masih awal untuk saya kongsikan tentang itu (kahwin). Insya-Allah,” katanya sambil tersenyum kepada Malaysian Digest.
Walaupun belum pasti dan belum ada pengakuan rasmi dari Dynas yang jejaka tersebut merupakan kekasih barunya, namun demikian pasti ramai peminat yang akan bertanyakan bilakah akan berlangsung hari bahagia belia dengan si dia.
Apapun, jika benar jejaka itu merupakan jodohnya kami doakan agar Dynas berbahagia selalu dan terus maju dalam industri hiburan tanah air.