Yatt Terima Ugutan Bunuh, Komen Lucah & Hampir Dibom



Selebriti dan aktivis kemanusiaan Yatt Hamzah, 35, menerima ugutan bunuh dan komen berbaur lucah menerusi laman sosial Instgram (IG) miliknya sejak beberapa bulan lalu.

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini ketika ditemui berkata, setiap kali dia memuat naik foto juga kempen misi kemanusian membantu umat Islam di negara bergolak seperti di Gaza, Palaestin dan Syria di IG atau Facebok, akaunnya serta merta disekat.

"Sejak aktif dengan misi kemanusian, apabila saya muat naik dan berkongsi foto tentang misi tersebut, serta merta akaun saya di sekat oleh IG dan Facebook (FB).

"Hampir setiap bulan IG dan FB saya disekat, paling sekejap satu jam paling lama tiga hari.

"Mereka hantar mesej mengatakan saya melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan terutama gambar-gambar menunjukkan keganasan dan kekerasan. Walhal gambar yang muat naik adalah gambar misi membantu umat Islam seperti di Palestin dan Syria.

"Bukan itu saja, malah saya diugut bunuh oleh ramai pengikut yang saya percayai mereka yang memihak kepada Israel. Ada juga komen berbaur lucah.

"Walaupun 'entry' saya kebanyakannya dengan kapsyen bahasa Melayu tapi mungkin mereka google maknanya. Mereka pun komen dengan menggunakan bahasa mereka rupanya bila saya google, ia sebenarnya perkataan-perkataan lucah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Rumoda di Bangsar, semalam.

Bercerita lanjut, Yatt menyatakan pada mulanya dia terkejut dan berasa takut dengan ugutan tersebut.

Namun, semakin kerap dia menerima ancaman itu, dia semakin lali dan terbiasa dengan keadaan itu.

Disebabkan ugutan itu hanya diterima menerusi laman sosial, justeru dia tidak mengambil sebarang tindakan dan membuat laporan polis.

"Mulanya saya bimbang juga tetapi bukan saya saja. Heliza pun kena benda yang sama.

"Apabila sudah selalu dapat ugutan sebegitu lama-lama saya sudah lali.

"Saya tidak buat laporan polis sebab lagipun ugutan itu menerusi media sosial saja. Tambahan, pengikut di IG saya agak ramai, saya tidak pernah pula mengkaji seorang demi seorang siapa pengikut saya.

"Apa yang penting, sekarang ini saya lebih berhati-hati sebab di luar sana banyak mata-mata dalam kalangan mereka. Saya hanya berserah pada Allah," katanya baru pulang dari misi kemanusiaan di Syria dari 25 Februari sehingga 6 Mac lalu.

Hampir Kena Bom

Dalam pada itu, Yatt sempat juga berkongsi pengalamannya sepanjang 10 hari di Syria.

Katanya, dalam beberapa misi yang pernah diikutinya sebelum ini, kunjungannya bersama suaminya serta beberapa lagi rakan artis lain seprti Heliza, Munif (Hijjaz) dan Ali XPDC memberi satu pengalaman bermakna walaupun mereka hampir menemui ajal.

Cerita Yatt, dua hari sebelum mereka pulang ke Malaysia, mereka menjalankan bantuan terakhir untuk misi ini di sebuah daerah.

Setibanya mereka di situ, tidak sampai 10 minit mereka diarahkan menaiki semula van dan beredar kerana ada maklumat mengatakan beberapa helikopter sedang menuju ke kawasan di mana mereka berada.

"Hari kelapan, ketika itu kami meneruskan misi ke satu daerah. Baru saja tiba di situ, kami diarahkan masuk ke dalam van semula.

"Van bergerak sangat laju meninggalkan tempat tersebut tetapi sampai di pertengahan jalan van kami termasuk dalam selut, kami turun dan tolak.

"Sedang kami tolak van tiba-tiba kami dengar satu dentuman yang sangat kuat. Rupa-rupanya tempat yang baru 10 minit kami tinggalkan telah di bom.

"Masa itu hanya Tuhan saja yang tahu bertapa terkejut dan takutnya saya sehingga saya terus memeluk pokok zaitun.


"Pada masa itu saya jerit memanggil suami saya dan dalam masa sama saya terus teringat pada anak saya," ceritanya dengan nada sebak.

Becerita pula pada perkembangan terbaharu selain perniagaan busana muslimah, Yatt aktif sebagai penceramah motivasi.

Selain itu Yatt juga merupakan antara lima artis sebagai vendor dengan jenama masing-masing yang dijual di butik Rumoda bersama rakan artis lain seperti Nora Danish, Felixia Yeap, Rebecca Nur Islam dan Norman Hakim.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »