Skandal Tamat! Hanez Suraya Kini Sah Isteri Romie



Kisah cinta penuh kontroversi aktres kontroversi Hanez Suraya dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Romie akhirnya berkesudahan apabila pasangan itu kini telah sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis ijabkabul yang diadakan di Majlis Putra, Putrajaya, kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Romie atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha Dato Abd Jais, 35, telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Tuan Hj Abdul Manaf Haji Mat berwakilkan wali ayah pengantin perempuan, Abdul Aziz Mohd Said.

Hanez, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini bertukar hantaran tujuh berbalas sembilan. Pengantin lelaki memberikan pengantin perempuan barangan seperti tepak sirih, mas kahwin dan wang hantaran, rantai, Alquran dan tasbih, pewangi & alat solek, beg tangan dan kasut.

Sebagai balasan, Hanez memberikan pengantin lelaki hantaran berupa Sirih Junjung, Al-Quran,Sejadah & Tasbih, Kek, Buah-buahan, sepansang baju & seluar, clutch dan kasut.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan . Hanez cukup menawan dengan persalinan baju kurung moden manakala Rmie segak berbaju Melayu.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini kisah percintaan Hanez & Romie (yang kini berstatus duda anak dua) hangat diperkatakan ekoran kontroversi dituduh menjadi perosak rumah tangga Romie bersama bekas isterinya Nurliyana Abd Manan. Isu itu menyebabkan pelakon drama Love You Mr Arrogant itu digelar perampas suami orang.

Seterusnya, majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan di kediaman Hanez di Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber : MalaysianDigest

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »