Sambut Hari Lahir, Elfira Loy Mula Bertudung?



Hari ini sebenarnya merupakan hari lahir yang ke 21 buat Elfira Loy dan apa yang paling mengujakan kami ialah apabila melihat gambar sambutan hari lahir selebriti ini yang dikongsikan di Instagram, Elfira sudah mula mengenakan hijab.

Jika Elfira mahu menjadikan hari lahirnya sebagai tanda mula untuknya berhijrah, kami pasti ramai peminatnya menerima perubahannya itu dengan hari yang terbuka. Malah sokongan peminatnya itu dapat dilihat pada komen-komen positif yang berharap agar imej berhijabnya itu dikekalkan.

Buat masa ini, kami belum lagi dapat menghubungi Elfira tapi apa-apa pun kami sukakan konsep sambutan hari lahirnya yang cukup ringkas. Selain itu, sambutan hari lahirnya itu juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan artis. Kami kongsikan gambar Elfira. Enjoice!

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »