Nabil Ahmad Namakan Anak Kedua Layla Damita


Tahniah kami ucapkan kepada pengacara Nabil Ahmad dan juga iseri, Zira kerana telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka, Layla Damita, seberat 3.2 kilogram pada pukul 1.03 semalam. Wah bertambah meriahlah lagi nampaknya keluarga Nabil selepas ini.


Bersama gambar yang dikongsikan di laman Facebook Era FM itu, kelihatan anak perempuan keduanya ini sungguh comel dan jika menurut Nabil sebelum ini, anak kedua mereka ini dilahirkan secara pembedahan.



“Untuk yang kali ini saya akan buat sama seperti anak sulung saya. Saya tak akan sorok apa-apa. Ada sesetengah keluarga tidak benarkan ambil gambar anak semua. Bagi saya itu semua terpulang pada hak masing-masing”

“Kalau saya okay sahaja untuk berkongsi pasal anak kita. Orang kenal kita, takkan orang tak kenal anak kita. Saya tak kisah sangat,” ujarnya pada kenyataan lalu. Nampaknya, Anak pertama Nabil, Naira Mikayla, akan ada geng untuk bergosip bersama-sama selepas ini.

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »