Ikut Jejak Langkah Kakak, Elisya Sandha Turut Berlakon



Adik bongsu kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya kini mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sama seperti kakaknya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Elisya menerusi foto yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram @elisyasandha pada Isnin dengan kapsyen yang berbunyi:

“So here’s the story… Long time ago I used to follow my sister pergi shooting when I was little mostly semua shooting la. Dia too rajin bawa I pergi set selalu. Since then I start learning about shoting all this and I really wanna be like her dulu.

“She herself a superwoman and proved that women is not weak but strong mentally and physically. She taught me SO MANY THINGS! She ajar me how to be a good girl with dignity, how to respect people and banyaaaak lagi. Yes, my sister garang like harimau ok. But dia garang for reason.. she always marah sebab sayang and dulu I ingat dia marah sebab tak sayang but sekarang dah tahu.

“Unexpectedly I dapat offer berlakon with my sister macam ya dulu tengok je dia berlakon but now dapat berlakon together. My dream untuk bekerja with her came true. Alhamdulillah, angah if you are reading this I wanna say I LOVE YOU SO MUCH. We laugh, we cry, we make time fly, bestfriend are we, you and me angah.

“Thanks for being there wherenever I need you and THANK YOU FOR EVERYTHING. You are a great role model I swear. Love, your little sister, Elisya.” tulisnya panjang lebar.


Foto yang di 'repost' oleh Fasha Sandha

Aktres Fasha Sandha kemudiannya ‘repost’ kembali foto tersebut di akaun Instagramnya sebagai tanda sokongan penuh dan juga kata-kata semangat serta pesanan buat adik kesayangannya.

“Ok adik manja but stubbon sometimes dah berjiwang. Hahha ok love you too. All the best to you. Ingat pesan angah, dalam kerja tiada yang mudah, always work hard in whatever u do. Discipline is the key to success. Pelajaran Numbe 1.” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat Fasha juga memberikan sokongan dan kata-kata positif kepada Elisya sebagai tanda sokongan.

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »