Gambar Terbaru Zamani Naik 9 Kg Selepas Ikut Program Pemulihan



Perkembangan yang positif nampaknya ditunjukkan buat bekas voklasi kumpulan Slam, Zamani apabila dikatakan selepas mengikuti program pemulihan dadah kini beratnya naik 9 kilogram,

Menurut peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar, memberitahu bahawa perkembangan yang ditunjukkan adalah amat memberansangkan dan kini Zamani sudah bebas dari pengaruh bahan terlarang itu dan masyarakat mahu melihat Zamani betul-betul bebas dari najis dadah berkenaan.

“Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.

“Namun ia masih di peringkat awal pemulihan,, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru,” katanya memetik mStar.

Menurut beliau lagi tanggungjawab beliau sebagai peguam Zamani amat berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain.

Mahkamah Majistret Ampang telah menetapkan sebutan semula Zamani pada 10 April ini.

Sumber : SiakapKeli




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »