Gambar Hodoh Lee Kwang Soo Jadi Tarikan Di Instagram



Pelakon dan juga ahli Running Man Lee Kwang Soo akhirnya membuat keputusan membuka akaun Instagram sebagai platform untuk berinteraksi bersama peminatnya di seluruh negara.

Memilih nama Instagram agak unik iaitu @masijacoke850714 yang membawa maksud ‘ayuh minum coke’ sebagai bukti kebolehannya meminum air bergas itu semasa di dalam program Running Man manakala nombor digit itu pula mewakili tarikh lahirnya.



Namun apa yang menarik perhatian bukanlah nama akaunya tetapi gambar pertama yang dimuat naik oleh aktor itu beserta dengan hashtag yang kelakar.

Nampaknya Kwang Soo benar-benar tidak mempedulikan imejnya sebagai seorang pelakon dengan memuat naik foto kelakar yang menunjukkan hampir seluruh badannya disaluti lumpur dengan mimik muka yang hodoh.

Ditambah pula dengan hashtag lucu yang menunjukkan dirinya agak keliru untuk menggunakan Instagram iaitu #ijustdontknowhowtousethis, #iwanttosuccesfullyuploadaphoto dan #willibeabletodoso

Astro Gempak difahamkan foto itu diambil semasa salah satu episod Running Man yang bersiaran baru-baru ini.

Disebabkan foto itu, dalam masa yang singkat pengikut Instagram Kwang Soo telah mencecah 308k.

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »