[EKSKLUSIF] 7 Bukti Mat Salleh Sado Ini Mungkin Bakal Suami Lana Nordin



Setelah gagal dalam beberapa siri percintaan terdahulu termasuk bersama pelakon Johan Asari, Lana Nordin akhirnya berkongsi khabar gembira bakal mendirikan rumah tangga pada Mei nanti.

Lana bagaimanapun enggan berkongsi dengan lebih lanjut siapakah gerangan jejaka tersebut namun sekadar memberi bayangan bakal suaminya berasal daripada Amerika dan kini menetap di Singapura.

Bagi kami di OHBULAN!, clue yang diberikan oleh Lana Nordin itu sudah cukup untuk kami jalankan kajian dengan bantuan google. Ingat lagi pendedahan kami tentang 8 bukti wanita ini mungkin bakal isteri Taufik Batisah?

Artikel Berkaitan: [EKSKLUSIF] 8 Bukti Wanita Ini Mungkin Bakal Isteri Taufik Batisah

Berikut 7 bukti David McKienzie, atlit skuad bola tampar USA sukan Olimpik 2012, mungkin bakal suami Lana Nordin. Tak payah tunggu press conference Lana 25 Mac depan. Hehe.


1. Warga Amerika, Kerja Di Singapura?


Ya, untuk pengetahuan korang David McKienzie kini bergelar coach untuk sebuah kelab bola tampar, American Volleyball Academy yang berpusat di Singapura. Jadi betul lah clue yang Lana Nordin cakap tu kan?

2. Foto Selfie


Kalau korang perasan Lana Nordin kerap memuatnaik foto lelaki ini di laman Instagram miliknya namun tidak mendedahkan nama. Apa susah, Google kan ada.

3. Lunch With My Love


Melihat kepada tweet-tweet daripada David ini sudah membuktikan bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Malah tweet terbaru David pada Februari lalu turut menyebut nama Lana Nordin.

4. Teman Kekasih Hati Photoshoot?


5. Follow Di Twitter


Tengok tu Lana Nordin siap follow mat salleh ni. Pastinya David seorang yang begitu istimewa di hati Lana Nordin kan? David pun follow Lana Nordin juga, kami dah check.

6. Instagram David McKienzie


Kami cuba ushar Instagram David tapi sayangnya private. Tapi tak apa, tengok dia punya default picture pun dah membuktikan siapa Lana Nordin di hatinya. Siap ada love LN tu.

7. Lagi Foto Bersama


Sebelum ini Lana Nordin pernah dikaitkan bercinta dengan seorang jejaka kacukan Cina-Inggeris namun hasil tinjauan kami foto lelaki tersebut telah pun dipadam. Alaaa mamat yang banyak tattoo tu.

Jika dilihat kepada foto-foto yang dikongsi oleh Lana Nordin di Instagram, dirinya kerap ke Amerika kebelakangan ini. Jumpa family David?

Apa-apa pun tahniah Lana Nordin kerana bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Untunglah dapat atlet, sado pula tu.



Sumber : OhBulan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »