Dazrin Kemalangan, Kereta Bertembung Lori



Pelakon Dazrin Kamarudin terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan sebuah lori yang hampir meragut nyawanya baru-baru ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.00 pagi dan difahamkan aktor itu memandu sendirian dalam perjalanan dari Melaka menuju ke rumahnya bertempat di Puchong, Selangor.

Dazrin berkongsi foto kemalangan tersebut di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berbunyi:

“Kisah mlm semalam.. sorry kalau daz kecewakan siapa2.. I am doing the best that I could to please everyone.” tulisnya.



Foto tersebut menunjukkan kereta Mitsubishi Lancer Sportback berwarna merah miliknya remuk teruk manakala sebahagian keretanya terperosok di bawah lori berkenaan.

Dazrin dilaporkan mengalami kecederaan yang agak serius pada bahagian hidung, kepala dan kaki.

Dalam pada itu, Dazrin juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantunya ketika berada di tempat kejadian.

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »