Adi Putra Punyai ‘Ciri-Ciri Lelaki’ Zara Zya Inginkan



Pelakon Zara Zya yang cantik manis ketika ditemui di Majlis Sidang Media ABPBH 2014 mengakui karakter yang dimiliki Adi Putra menjadi lelaki pilihannya. Tambahnya lagi yang kini berusia 30 tahun, soal teman lelaki tidak menjadi keutamaan kerana fokusnya lebih terhadap kerjaya yang dibina.

Menurutnya juga, Zara Zya bukan jenis yang memilih dalam soal teman lelaki namun tetap melihat dari segi rupa idan kekemasan. Yela takkan nak pilih yang tidak terurus pula, tak gitu?

Sementara itu, Zara mengakui yang dirinya agak gementar apabila diberitahu akan bergandingan bersama Adi Putra bagi drama ‘Zahira’ yang ditayangkan sebelum ini. Baginya Adi Putra merupakan pelakon senior berpengalaman dan sangat disegani.

“Mula-mula apabila mereka cakap yang hero untuk drama Zahira ialah Adiputra saya rasa takut. Tetapi dia sebenarnya seorang yang ‘cool’, dan baik. Dia juga memberitahu supaya saya lebih relax ketika menjalani penggambaran,” ujarnya.

Pape pun, bagi kami persembahan Zara Zya di setiap lakonannya memang memberi kesan dan menarik minat. Tak sabar rasanya nak tunggu drama yang seterusnya dibintangi oleh Zara Zya.

Sumber : GosipMalaysia



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »