Ada segelintir artis yang saya temui sikapnya suka bermuka-muka - Sharnaaz Ahmad




Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad mendakwa dia lebih selesa bergaul dengan kru produksi jika menjalani penggambaran kerana tidak suka dengan sikap segelintir artis yang ‘bermuka-muka’.
Sharnaaz berkata, ia dilakukan sejak dia mula-mula terbabit dalam bidang lakonan lagi.
“Ada segelintir artis yang saya temui sikapnya suka bermuka-muka. Depan kita mulut manis sopan santun, belakang macam-macam cerita yang mereka kata mengenai saya.
“Sudah banyak kali saya terkena dan mengalami keadaan seperti itu. Sebab itu saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi yang tidak bermuka-muka. Mereka lebih telus dan berterus-terang,” katanya ketika ditemui pada sesi tayangan episod akhir drama bersiri Suamiku Encik Sotong di Kota Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi.
Atas sebab itu, Sharnaaz juga tidak terkejut jika ada pihak yang mendakwa dia bersikap ‘diva’ di lokasi penggambaran.
“Saya tidak tahu dari mana datangnya gelaran diva itu kepada saya. Tertanya-tanya juga apa yang saya buat sehingga dilabelkan seperti itu dan saya mahu tahu juga siapa yang membawa mulut.”
“Saya tak terkejut dengan dakwaan itu. Sebab itu setiap kali menjalani penggambaran saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi berbanding rakan artis,” katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan kekasih, Anis Al Idrus yang dikatakan mengalami masalah, Sharnaaz menjelaskan hubungan mereka baik dan berjalan lancar.

Sumber : MyMetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »