Cek Najib RM3 Juta Untuk Himpunan Merah

Sarawak Report melaporkan Jamal Yunos pada mulanya meminta RM5 Juta dari Najib untuk menganjurkan Perhimpunan Baju Merah dengan alasan mempertahankan Melayu namun hakikat sebenar adalah untuk mempertahankan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri. Tapi Perdana Menteri hanya memberi RM3 Juta untuk menganjurkan Perhimpunan tersebut.



Walau Jamal Yunos cuba menafikan dakwaan ini rakyat bukan bodoh untuk menerima penafian seoarang samseng dan Tokan dadah.

Jika penafian Jamal Yunos benar.....jawab soalan ini siapa sponsor Perhimpunan Baju Merah? Adakah kamu Jamal.....Mustahil bukan.....Jawab la Siapa...



Baca penafian  ini...

KUALA LUMPUR, Khamis – Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos menyangkal dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan cek berjumlah RM3 juta bagi penganjuran ‘Himpunan Rakyat Bersatu’.

Jamal menegaskan penganjur Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara semalam tidak menerima sebarang peruntukan daripada Perdana Menteri mahupun kerajaan.
“Saya ingin nafikan kenyataan dan berita ini. Saya ingin menegaskan Himpunan Rakyat Bersatu tidak ada kaitan dengan Najib dan tidak menerima sebarang peruntukan daripada beliau mahupun kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Jamal berkata dakwaan itu adalah satu fitnah dan merupakan berita yang tidak berasas yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Berlangsung di Padang Merbok di ibu negara semalam, himpunan yang diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas. – Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »