Itulah yang berlaku kepada seorang wanita berumur belasan tahun selepas dia didapati mati selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi.
Wanita itu dikatakan cuba untuk merakamkan aksi selfie nya diatas bumbung kereta api, namun cubaannya itu gagal selepas dia mati melecur akibat daripada renjatan elektrik yang terkena padanya.
Dikenali dengan nama Anna Ursu, 18 tahun telah pergi bersama dengan seorang lagi rakannya ke sebuah stesen kereta api di bandar Lasi berdekatan Timur laut Romania.
Tujuan mereka pergi ke sana adalah untuk merakamkan aksi selfie mereka untuk dimuat naik ke laman sosisal Facbook.
Akan tetapi, ketika salah satu aksinya berbaring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api tersebut, tanpa disangka sebelah kakinya yang cuba diangkat ke udara tersangkut pada kabel elektrik yang berkuasa 27,000 voltan.
Daripada kejadian itu, wanita tersebut terbakar serta-merta dan menyebabkan dia cedera parah. Akhirnya kedua-dua gadis itu dibawa ke hospital menggunakan helikopter.
Wanita Selfie Mati Terbakar Ketika Tiba Di Hospital
Namun, sebaik saja tiba di hospital, Anna dikatakan meninggal dunia berikutan tubuhnya yang melecur teruk akibat daripada renjatan elektrik yang terkenanya itu.
Rakannya kini dilaporkan stabil, dan telah memberitahu bahawa tujuan sebenar mereka pergi kesana adalah untuk merakamkan selfie yang dianggap oleh mereka suatu tempat yang pelik tanpa memikirkan bahaya yang akan terjadi.
Salah seorang lelaki yang melihat kejadian itu dan juga merupakan orang yang pertama untuk menyelamatkan mereka berkata bahawa, dia melihat mereka berdua bermain di atas bumbung kereta api itu.
Setelah menyedari bahaya berkenaan, dia menjerit supaya kedua-dua wanita itu tunduk dan berhenti menjulurkan kaki mereka ke atas.
Namun beberapa saat kemudian, dia terdengar satu bunyi letupan yang kuat kedengaran dan dia melihat tubuh Anna sudah terbakar.