Rani Kulup #Kipidap Beri Amaran Kepada Penonton Projek Komedi Warna



Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) iaitu Abdul Rani Kulup tampil menerusi sebuah video memberi amaran kepada peminat dan penonton program realiti berbentuk komedi, Projek Komedi Warna.
Menerusi video berdurasi 15 saat di Instagram, Rani Kulup secara jenaka mengajak para penonton dan peminat program Projek Komedi Warna mengundi kumpulan XOXO yang dianggotai oleh Hazwan, Yusrishah dan Hazmeer.
“Kepada semua undilah XOXO! Kalau tak undi, kami akan  buat report polis! Setuju! Setuju! Setuju! Kipidap!,” ajak Rani Kulup menerusi video tersebut.
Sedia maklum Rani Kulup sering menjadi perhatian umum kerana sering membuat laporan polis berkaitan isu nasional.
Kumpulan XOXO mengambil inisiatif bertemu dengan lelaki berusia 60 tahun itu dan merakam video tersebut sebagai salah satu cara mempromosikan kumpulan mereka yang kini sedang bersaing di pentas suku akhir Projek Komedi Warna pada hari Jumaat akan datang.
Saksikan program Projek Komedi Warna pada 22 Mei ini dengan tema Radio dan Bollywood bermula jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132). #ProjekKomediWarna dihoskan oleh Faizal Ismail dan diadili oleh tiga barisan juri berpengalaman iaitu Datuk Yusof Haslam, Fasha Sandha dan Ahmad Idham.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »