Pelajar Gagal Turun, Terjatuh Dalam Kawah Gunung Berapi

Seorang pelajar di Universitas Atma Jaya Yogyakarta, Eri Yunanto telah terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi (gunung berapi aktif) dan sehingga kini pencarian masih lagi diteruskan.

Sebelum terjatuh, seorang saksi yang juga pendaki, Bagus Deni sempat mengambil gambar pelajar malang tersebut sebelum terjatuh ke dalam kawah gunung berapi tersebut.



Menurut Bagus, ketika kejadian, tidak ramai orang yang beradi di lokasi kerana Puncak Tusuk Gigi adalah salah satu puncak ekstrem bagi kalangan pendaki kerana lokasinya yang tepat di pinggir bibir kawah Merapi


Selain sempat mengambil gambar Eri, Bagus juga menyaksikan sendiri bagaimana Eri ke dalam kawah sedalam 200 meter tersebut. Sehingga kini misi menyelamat masih diteruskan tetapi tergendala kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Mahu dapatkan berita travel terkini, tempat melancong menarik dan review tempat makan menarik, anda boleh follow sahaja kami terus di Facebook dan Instagram.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »