Fasha Sandha tampil memberi komen tentang sikap pelakon cilik hasil pengaluamannya sendiri. Beliau mengakui ada sesetengah pelakon kanak-kanak yang agak menjengkelkan bila berada dalam set penggmbaran.
Kebanyakan sekarang, budak-budak kecil tidak begitu menghormati orang tua.Begitu juga pelakon kanak-kanak. Ada yang datang ke set (lokasi penggambaran) dengan kekwatnya (sombong) mengalahkan diva.
Ada juga yang bukan sahaja tidak berbaik-baik dengan krew produksi, malah tidak menghormati krew yang jauh lebih tua daripada mereka.
Baru-baru ini, Fasha Sandha ada berlakon dengan Puteri Balqis, ini komennya tentang pelakon kecil yang telahpun memenangi banyak anugerah ini:
Walaupun Puteri Balqis sudah dapat award, tapi dia tidak sombong. Bagi saya, Puteri Balqis ini adalah seorang yang baik dan bijak. Dia juga seorang pelakon yang sangat berbakat.
Share this