Pesawat MAS dilapor nyaris berlanggar di Pakistan



PETALING JAYA: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan nyaris bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines (KUNA) di ruang udara Pakistan pada Isnin.
Agensi berita Arab Saudi melaporkan, kejadian itu berlaku ketika pesawat MAS itu dalam perjalanan menuju ke London manakala pesawat Kuwait Airlines dalam perjalanan ke Islamabad.
Pihak berkuasa Penerbangan Awam Pakistan dilaporkan berkata, insiden itu berlaku di wilayah Zhob di barat daya Pakistan yang berpunca daripada isyarat kawalan trafik udara yang lemah.
Setakat, kedua-dua syarikat penerbangan itu belum membuat sebarang kenyataan media berhubung insiden itu.
Kejadian sama hampir berlaku pada minggu lepas apabila dua pesawat yang berpangkalan di UAE dilaporkan syaris bertembung di Lautan India ketika di bawah pengawasan menara trafik udara Mumbai.
Pesawat Emirates dan Etihad Airways dilaporkan terbang terlalu dekat ketika menuju ke Kepulauan Seychelles menggunakan laluan baharu bagi mengelak ruang udara Yaman yang sedang bergolak.

Sumber : Freemalaysiatoday

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »